Selamat datang ke siri terbaru Rhys William - Dapur Mat Salleh!
Dalam siri ni, saya Rhys bergabung bersama kawan baik saya Chef Ammar (Masak dari Hati Masak with Iman) untuk kongsi bersama anda beberapa resipi yang senang dan mudah untuk anda cuba sendiri di rumah. Dalam siri ni kami akan kongsi beberapa resipi ala Timur Tengah (Arab) dan beberapa resipi ala Western (Europe).
Resipi senang, mudah dan yang paling penting... mantap!
Dalam episod 1 hari ini, kami berdua akan masak "Nasi Kabsah". Berasal dari negara-negara Timur Tengah, nasi kabsah dapat nama dari perkataan bahasa Arab "كبس - kabasa" yang bermaksud "squeeze", disebakan pelbagai bahan-bahan "squeeze" dalam satu periuk semasa nasi dimasak.
📋 BAHAN-BAHAN:
🍗Ayam Kabsah
- Chef Ammar Kabsah Paste 350g
- Sekor Ayam Spring/Ayam Peha (1.3kg - 1.5kg)
- Air 600 ml
- Chef Ammar Saffron Powder 1/4 sudu kecil
- Garam 1 sudu kecil
🍚Nasi Kabsah
- Chef Ammar Basmathi Rice 1kg (basuh dan rendam)
- Air 1.5 liter
- Chef Ammar Saffron Powder 1/4 sudu kecil
- Garam 1 sudu kecil
🍲 CARA-CARA MASAK:
🍗Ayam Kabsah
1. Dalam periuk tambah Chef Ammar Kabsah Paste dengan api serdehana
2. Tambah 400ml air
3. Tambah ayam sekor atau peha ayam
4. Tambah air 200ml.
5. Tambah garam 1 sudu kecil (optional)
6. Tambah Chef Ammar Saffron Powder ½ sudu kecil.
7. Selepas kuah medidih, kurangkan api dan biar sampai masak. Kacau dengan kerap.
8. Hidang Ayam Kabsah bersama ketumbar dan kacang gajus
🍚Nasi Kabsah
1. Cuci 1kg Chef Ammar Basmathi Rice 4 - 5 kali dan rendam untuk 45min-1jam
2. Letak 350g Chef Ammar Kabsah Paste dalam rice cooker.
3. Tambah 1.5L Water dan kacau sehingga sebati
4. Tambah 1kg Chef Ammar Basmathi Rice
5. Tambah garam 1 sudu kecil (optional)
6. Tambah Chef Ammar Saffron Powder ½ sudu kecil.
7. Kacau
6. Masak sehingga siap
Rempah Chef Ammar boleh dapat di https://RempahOriginalChefAmmar.wasap.my